Ekceli ni cerita bulan pose.
Maklumlah tuan tanah kedaung takde masa nk update blog. Ini baru berkesempatan ..
Butermilk Prawn, ButterPrawn. n pelbagai butter lagi lah..
Memula aku nk buat Butterprawn untuk buka pose, tapi nk buat kirai2 (sarang telur) tu humangaihhhhh .. so cancel.
Maka ak buat keputusan buat Buttermilk pulak.
Alkisahnya aku stalk insta member zaman skolah rendah yg bermusafir/berhijrah di Brisbane, Aus .Dia sambung belajar kat sana.Tak sangka pulak bakat memasak tu ada.. Ingatkan dia pemalas tahap gaban macam aku.
xsangka..xsangka. ahak
Gigih weyh aku dengan muka tak malu nya bertanya resepi.
Tak disangka pertanyaan aku dibalas dengan jujurnya. Tq babe
Ni resepi/cara2 buat Buttermilk Prawn
1. Cuci udang dulu.
Tak payah kopekkan kulit dia sampai habis, kerat kepala depan sket yg
tajam tu, belah belakang sket n tarik urat najis tu.
2. gaul dgn
garam secukup rasa. Biar dalam 10 minit ke. Pastu golekkan udang2 itu
dlm tepung jagung then goreng dlm minyak pns sampai garing. Angkat,
ketepikan.
3. Pnskan dlm 2 sudu butter dlm kuali. Tumis bwg putih +
cili api hijau potong2 halus, amik dlm 4 biji, and 5-6 helai daun kari .
Kacau2 sampai perang. Msukkan serbuk kari sket je (dlm 1/4 sudu kecik).
Kacau. Msuk sket air supaya tak hangus sbb dia cpt hangus. Sikit je
tau.
4. Msukkan fresh milk dlm 3/4 cawan. Then masukkan one slide cheddar cheese.
5.
Bila cheese dah cair, masukkan kiub ayam (suku). Masukkan gula + garam
secukup rasa. agak2 je ikut sedap lidah. Kacau. Bila kuah nampak cam dh
perang skit dan naik bau, masukkan air tepung jagung. (tepung jagung
dalam 1 sudu kecik (jgn byk membukit), utk pekatkan kuah. bancuh dgn air
dlm 7 sudu besar air.
6. Bila kuah dh pekat, masukkan udang td.
Gaul...gaul..gaul...sampai sebati. bila dah sebati, masukkan lagi dalam
suku cawan air masak supaya kuah dia tidak kering dan udang lebih basah.
(pandai2 lah adjust). Kacau jap then tutup api....
7. Siap utk di ngap.
That's all. senang kan? hehe
MAKA
Inilah hasil air tangan akuuuu
Alkisahnya aku terlebih serbuk kari.... |
DAN
Inilah hasil yg kawan aku buat tu.. |
P/s: xpandai masak belajar.. bukan xpandai terus xnak belajar.. ahahhaha
No comments:
Post a Comment