nuff

Followers

Wednesday, July 2, 2014

MENU DIET

Dah masuk 4 ramadhan dah hari ni.
Harap-harap belom ada yang ponteng

Masuk hari ke-4 ramadhan ni dah ada yang turun berat badan belom?
kikihkihkihkih..

Awal tahun hari tu,
Kemain aku nak kuruskan badan,kurangkan berat badan segala..
angan-angan mat jenin la aku.
Dalam pada tu gigih aku menggoogle resepi diet.
Terjumpa blog Cik Epal , antara menu yang aku buat atau boleh dikatakan tiap2 hari buat *itupon kalau peratus kerajinan aku tinggi* adalah Honey Grilled Chicken



Resepinya aku ikut Cik epal jugak..

Hirisan daging ayam perap dengan madu, parsley, oregano & blackpepper.
Grill dengan Olive oil, Campak carrot, brokoli ,cili benggala merah dan hijau (motif sebab aku nak nampak menarik bila bermain dengan colour) kah3.
Hias dengan buah blueberry dan strawberry..

Aku panggang guna pemanggang ajaib mak aku..
senang je weyh..



Pemanggang ajaib cap ibu kongsi dengan anak



Paling gigih nak hias dengan buah strawberry dengan blueberry bagai..Gigih weyh mencariiii..





Monday, June 30, 2014

RAMADHAN 2014

Alhamdulillahh...

Masih lagi bernafas untuk ramadhan kali ini..
Tahun ke-2 berpuasa sebagai isteri..
alhamdulilahhh...





So far setakat ni baru 2 hari puasa ..alhamdulillah...walapon angin dah bergelumang dalam badan sampai naik ke kepala..
dengan mengantoknya umangaiiii...tambah2 kat ofis.dengan aircond sejuk menggila..
Berkira2 aku tengok jam bila nak balikk..
Time puasa ni office hour dr 8pagi-4.45petang.


Macam mana ramadhan korang kali ni?

Wednesday, May 7, 2014

ENTRY TERTUNGGAK

Entry banyak tertunggak
Banyak aku nak story tapi penyakit MALAS ni tak nak pergi dalam hidup aku.
Cissss...

Antara yang aku nak cerita

- 4 hari 3 malam di Bandung sempena birthday aku
- Jatuh motor
- Fenomena monopod
- Farewell aku di company 'sedap hingga menjilat jari
- New staff new environment new friends new office
-Menu diet *konon2*


Tunggu je la bila aku nak update tu.
*mcm la ade orang kisah aku update ke tidak kennnnnnn*


lotsOfLove
-IamAin-

Tuesday, April 22, 2014

ANTARA ENVIRONMENT DI TEMPAT KERJA ATAU GAJI DAN BENEFIT YANG TINGGIMANA YANG DIPILIH?

Buntu aku memikirkan nya.

Company A environment best gile, Bos boleh tolak ansur bagai.Cuma Benefit kurang. 

 Company ni ikut gred. So katelah  gred sekian sekian gaji mati 1.7, so selagi ko tak naik gred, gaji ko itu2 sahaja. Even ada increament, tolak masuk kat elaun.. Perghhh rugi2. 

Company B pulak ada nama la. Gaji and benefit dia offer aku tinggi. Tapi emvironment pulak tak tau cemana. Yela masuk pon tak lagi. On may nanti baru masuk. 

Company2 yang ak still bekerja and akan bekerja (insyaallah) , dua-dua ada nama. 

So bagi korang mana lagi penting??

ENVIRONMENT atau GAJI/BENEFIT?

Sunday, April 20, 2014

HATI BERBELAH BAHAGI

Dah lama tak update blog.

Bila ada problem baru cari blog sebab nak meluahkan isi hati

Dapat better offer company baru (Benefit+gaji) tinggi dari company sekarang.

Tapi dah stay kat current company almost 3 years.

Boleh bayangkan tak situasi aku sekarang?? Time aku nak kahwin dulu pon x pening macam ni!

Company baru tu adalah based kat Kg Baru..




Wednesday, March 12, 2014

DIM SUM PENGARUH DRAMA BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

Kemain lagi tajuk.
Sekarang ni semuanya nak salahkan drama.
Sepatutnya salahkan diri sendiri sebab terlampau obses dengan makanan yang ada dalam drama.
Bukan obses jalan cerita.*Tamparmuka*

Puncanya,ada dalam drama #BKATC episod berapa ntah aku tak ingat yang scene jebat bagi mastura dim sum.
Episod tu dah lama,baru sekarang tekak aku nak makan.
Sabtu lepas dapat jugak merasa DIM SUM tu kat PAPARICH Bandar Permaisuri/Tasik Permaisuri.


DIM SUM Siew Mai.
Sekarang ni asyikla tekak ni meronta ronta/meminta minta nk DIMSUM sajeee...
Perangai sungguh.

PRAYFORMH370




Aku paling suka bila Kapten Norrudin bagi pendapatnya tentang kehilangan #MH370.
Bicara seorang yang berilmu..Kapten Norudin Abd Majid..sgt mendalam maksudnya..
terima la dgn hati terbuka dan percaya qada' qadar yg Allah dah tentukan..mungkin ini ujian yg Allah bg pd kt semua utk melihat sejauh mana iman hamba2nya yg selama ni leka dgn duniawi..dlm Al-Quran pun dah mengatakan yg perkara ghaib itu wujud..tak mustahil..cuma dgn usaha,berdoa dan tawakkal pd Allah shj adalah kunci pd penyelesaiannya..


p/s:sama salah kita mendoakan untuk mereka yang terlibat dalam MH370..
Sesungguhnya Allah s.w.t sedang menguji kita..