Phewwwww!! kemain mencabar betol buat macaron ni.Selalu main order je.Bila dah membuat ha..keluar poloh jantann kauuuuuuuu..
walaupon xberapa nk membulat,tp alhamdulillah..ade jugak rupanye la..
|
bulat yg xberapa nk bulat |
|
alhamdulillah..untuk makan sekeluarga..inti untuk macaron ni coklat
Resepi:-Bahan-bahan
- 205g gula aising
- 120g ground almond
- 3 biji putih telur
Cara-cara membuat
- Campurkan gula aising dengan ground almond. Kemudian
masukkan ke dalam food processor selama 2-3 minit untuk memastikan
gula aising dan ground almond benar-benar hancur.
- Kemudian ayakkan bahan-tersebut untuk memastikan tiada
sebarang gumpalan adunan.
- Seterusnya pukul putih telur menggunakan mixer. Apabila
telur sudah berwarna keputih-putihan, masukkan sedikit gula caster 20-30g.
Pukul sehingga putih telur mengembang. untuk memastikan telur cukup
kembang, telangkupkan mangkuk tempat memukul telur tersebut dan anda akan
mendapati bahawa adunan putih telur tidak akan bergerak dan mengalir.
- Masukkan adunan gula aising dengan ground almond tadi
ke dalam adunan putih telur sedikit demi sedikit.
- Kacau adunan sesedikit yang mugkin. Jangan terlalu
over-do.
- Alaskan baking paper pada talam pembakar.
- Kemudian paipkan adunan tadi ke atas baking paper
menggunakan nozel.
- Rehatkan macaron selama sejam-2 jam sebelum di bakar.
- Panaskan oven pada suhu 150 darjah Celcius dan bakar
selama 12-15 minit.
- Rehatkan macaron yang siap dibakar selama 5 minit.
- Akhir sekali macaron boleh dihidangkan dengan inti
mengikut cita rasa anda.
|
5 comments:
mesti sedap...
yum yum yum
mcm sedap je.. huhu :D
wahh..boleh pos kan kat ktrng tak? mcm sedap jekss .:D
bestnye dear pandai wat macarons!
Nazreen: manisss
saiazuan: mcm la kan.hahaha.kene belajar lg.
nana: dik,mcm je dik,macam!hahah.ko post kak ain bbq erk?hahahaha...
Dni: baru2 blajar la dear
Post a Comment