nuff

Followers

Wednesday, October 7, 2015

SATU TAHUN DUA BULAN

1 tahun 2 bulan dah berlalu

bersawang2 dah blog aku ni

mood nk update tu ade

TAPI mood nak menaip tu alahaiiii kelauttt oiiiii...

Doa2kan mood update/menaip tu sampai la ke aku.


p/s:: kehidupan sekarang dah berubah 360 darjah dah.. Alhamdulillah






Thursday, August 14, 2014

MENU BULAN PUASA : KETAM TELUR MASIN


Yee..aku tau puasa dah lepas sebulan.
Dah nak masuk raya dah..
Eh dah nak habis raya dah.
Maklumla baru ade kesempatan nak buat entry.

Selain ikan siakap stim entry disini

Aku berjaya buat Ketam telur masin.

Ntah kenapa bulan-bulan puasa baru rajin nak google resepi bagai.

So hari selepas aku kene mandi tepung  ,
Keesokannya kami decide nak berbuka rumah cousin aku yang baru sebulan kahwin disebabkan kawan aku yang kat perak tu dah turun so alang2 sekali je la. **entry tertunggak**
So kami decide nak masak dekat rumah dia.
So menu yang aku nak masak adalah ketam telur masin.





Maafla percubaan pertama memang nampak kucar kacir sket ketam tu

Yang ni menu kawan aku si daia tu masak

Murtabak maggie

sosej salut roti kot nama nya..


Ni plak yang cousin aku si jeyjot tu masak


Masak lemak cili padi udang


BAHAN-BAHAN * aku amik kat google je..tapi aku tambah2 sket je *

4 biji telur asin - direbus, belah 2, korek isinya dan dilenyek

4 Ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Beberapa biji cili padi (ditumbuk halus) - ikut la tahap kepedasan memasing
Beberapa biji cili padi (diketuk) - ikut tahap kepedasan memasing
daun kari 

2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair

Garam secukup rasa

Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung, kunyit dan garam dan goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan

Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan bawang putih,  cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun keri hingga naik bau
Masukkan telur asin yang dilenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Masukkan secubit garam ( Hati-hati sebab telur asin dah masin)
Masukkan ketam dan gaul hingga telur asin menyalut keseluruhan ketam.
Angkat dan sedia dihidangkan



p/s: Keinginan nak masak macam-macam tu tinggi, TAPI tahap kerajinan tu yang TAK berapa nak tinggi sangat.Ikut mood


Wednesday, August 13, 2014

TRAGEDI OGOS DI CORNER AKLEH

Entry raya nanti aku update

Kisahnya..

Baru 2 hari masuk keje selepas seminggu bercuti raya dah malang menimpa aku .
Kejadian pagi selasa (05.08.2014)  masa ontheway nak pergi kerja..
Elok je lepas tol dekat akleh, masa nak lalu corner turun menghala ke Kg Baru, motor yang kami (aku + Faizal) terbabas..

Dengan aku tercampak bergolek bagai.. Bayang kan kereta/moto masa kat corner tu??
Nasib baik pagi tu kebetulan kat corner tu x jammed,, and kereta/moto belakang tak laju sangat. Sempat la diorg brek/mengelak..

Lepas dah bergolek tu aku bangun and berdiri kat tepi...Muka aku xpayah cakap la.. Terkejut kot...
Ade la suami isteri ni datang menolong tanya aku ok ke x.. Then Faizal angkat moto park kat tepi.

Lepastu kitaorg decide tolak motor sampai kat tepi menara celcom ade ternampak kedai motor.Rupanya tayar belakang pancit/bocor.Macam mana boleh tak perasan pon tak tau..

Lepas motor siap, terus decide nak pergi klinik yang berdekatan dengan rumah.Sambil tu aku whatsapp group dept aku bg tau aku excident.Dapatla aku MC 2 hari ..


Siku kiri aku luka,
Lutut kanan aku koyak/luka
Beg yang aku baru beli hari ahad HASIL dari DUIT RAYA, baru pakai 2 hari masa hari kejadian dah rosak sebab bergolek/terseret 


Time kat klinik ya allah..berdenyut2 lutut kanan dengan siku kiri aku. Time nk cuci luka tuu, nurse terpaksa gunting seluar aku tang lutut sebab ketat sangat.


Sakitnyaaa tuhan je yang tauu.. Habis seluar kesayangan aku kene gunting.

Balik rumah mak aku terkejut tengok aku jalan tempang.Sudahmya dengan mak aku pon termenung sama mengenang nasib.

Bila malam nye, haaaaaaaa.. time tu la badan aku semua nye sengal-sengal dengan kaki nye.Nak mandi pon susah nak buang air apetah lagi sebab toilet umah aku bukan jenis duduk...arghhhhhhh


Camgini la keadaan kaki aku...


Lepas MC aku pergi-balik kerja naik kereta,.. Walaupon dah naik kereta, aku tetap tak nak lalu AKLEH.
Tak tahu kenapa.Yang aku tau asal malam je nak tido, aku terbayang ...

Syukur tuhan panjangkan umur kami, nexth month sepatutnya 12/9 - 15/9 aku ke perhentian sempena wedding anniversary yang ke-2.Terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan lutut aku ni WALAUPON dah bayar . Anggap je la takde rezeki untuk tahun ni..Yang penting kami selamat.



P/s : Alhamdulillah syukur Tuhan masih panjangkan umur kami..aminnn..



Friday, July 25, 2014

MANDI TEPUNG

Lepas Je berbuka rumah mertua,
Aku terus gerak pergi pandan jaya, nak melepak umah cousin aku Jeyjot.
Oh dia baru je kahwin bulan june hari tu.. **entry tertunggak**

Masa sampai-sampai je ..betul-betul kat depan pintu Faizal kene mandi tepung.
Oh aku pon terkejut sebab bukan aku dalangnya..
Sebabnya birthday Faizal 2 July .. Lepas tu dengan aku pon kene mandi tepung jugak.. Sebab birthday aku bulan april ..kira belated la tp masa tu kan aku g Bandung **entry tertunggak**

Husb cousin aku pon kene dalam senyap sebab dia on may,dan lagi sorang kawan aku sanggop datang dari perak ...Dia pon on April.



The cake.. Tq pade yang planning.. Tq daia & jeyjot belikan kek

Muka-muka yang kene mandi tepung
From L-R
Bocah (April) - Me (April) - Faizal (July) - Rauf (May)

KAMI

Husb & Wife





last but not least


6 Jahanammmm.....
L to R
Rauf-Bocah-Me- Faizal-Daia - Jeyjot.



We are not a friend..
We are best buddy forever...
Sibling and family together...

MENU BULAN PUASA : SIAKAP STIM

Ramadhan ke-7 hari tu.
Bersamaan hari sabtu..


Turn buka puasa kat rumah mertua..ala..xjauh pon..5 traffic light je bersamaan 5 minit kalau naik kereta atau motor.

Sampai-sampai je ..duduk relaks jap..then tetibe faizal tanya mak dia masak ape hari ni.
Mak dia bagi tau menu : nasi arab , ayam kurma.

Tetibe Faizal cakap yang aku nak makan ikan siakap stim *dush*
Then mak dia kata kalau nak makan, pergi la beli ikan..so tukar menu la..masak nasi biasa..
*aku serba salah* TAPIIIIII laju je aku keluar ikut Faizal g cari ikan siakap..

Dariiii ampang ke Tesco.. sampai-sampai je ikan siakap BARUUUUU je habis.. bayangkan time tu dah nak pukul 6.. Lepas tu pikir punya pikir gerak terus ke Pasaraya Hero Taman Dagang.. MRR2 tahulahhh jammeddddd ya ampunnnn... 

Sampai-sampai terus bergegas cari ikan siakap..Punya kelam kabut macam masuk explorace ..

Akhirnya.. jumpa jugakkk.. nasib banyak lagii..


Nasib ikan segar-segar

Harga Ikan siakap memang mahal erk??
Masak last minit..Guna tempat steamboat abg ipar aku...
3 jenis lauk.. termasuk ayam masak kurma dan kangkung goreng belacan..



Rupa-rupanya ikan siakap is ikan sungaii **baru tahuuu.. nampak sangat kurang masuk dapur**
Kami laki bini memang tak makan ikan sungai.. Lepas ,akan baru kitaorang tahu...
Then aku saje tanya Faizal,nak try tak buat kat rumah nantii..
Laju je cakap TAK NAKKK..
HAHAHHA

Resepi .. (ni ikut tekak aku jeee)

Ikan Siakap. (basuh dengan air limau/asam jawa bagi hilang hanyir..)
Kukus dengan Bawang Merah , Bawang Putih, Halia, Tomato, Lobak Merah, Brokoli and perah sket limau.. 

Wednesday, July 23, 2014

IKLAN RAYA AIDILFITRI TM 2014: ADIK FULL VERSION



Minat gile kat adik ni..
Muka cheeky gile..
Bijak..

"ala..raya nanti adik minta maaf la.."


salam kosong-kosong


Thursday, July 3, 2014

FAREWELL SETELAH 3 TAHUN 2 BULAN

Alhamdulillah.. tak disangka pejam celik pejal celik, dah 3 tahun lebih aku berkhidmat kat company ni.
Dari mula2 masuk, bulan Feb 2011 badan kurus sampai la dah membesar bagai johan.
Sepatutnya lepas tolak cuti semua, aku last 7.5.2014 TAPIII company baru mintak aku masuk 5.5.2014.

Aku dapat Message/ Whatsapp tentang new company nak amik aku pon masa tu aku kat bandung.
Asst Manager aku yang tanya sama ada aku nak tak bekerja dengan dia. So aku pon agreed je..

Lepas tu lama dia diam..so aku pon berpikir2 betol ke tak dia nak amik aku keje ni.
Aku pon memulakan langkah whatsapp dia tanya..jawapan dia dia memang nak aku bekerja dengan dia tapi form aku Asst General Manager x sign lagi sebab dia bercuti..

Then 17.4.2014 aku terima call dari HR company tu yang dia nak hantar LOA kat aku.
Ape lagi alang-alang menyeluk pekasam, aku tanya la semua benefit yang ade termasuk cuti/mc dan sebagainya.

Tapi lepas je dapat email LOA, aku pulak buntu samada nak pergi ke tak...Mungkin sebab aku dah lama kat sini..Tapi company-company sebelum ni pon pernah jugak stay sampai 3 tahun..Tapi yang company ni berat sikit mungkin sebab dah anggap semua dalam dept ni macam kakak dan abang,..boleh gurau-gurau kasar.Bos aku pon best.Pendek kata memang berat sangat la hati aku..Berat sangat-sangat..dia punya berat hati sangat-sangat tu sampai aku delay seminggu bagi resign letter kat bos aku.,,

Faizal pulak cuma cakap macam ni je kat aku "peluang datang hanya sekali". Itu je ... Taulah laki aku ni bukan jenis banyak cakap pon..

Akhirnya aku buat keputusan bagi surat resign seminggu lepas aku dapat LOA tu.. Aku cuma pikirkan benefit and peluang je.Sebelum tu aku ade google jugak pasal company/dept ni. Biasalah banyak pro and contra nya. Masa bagi surat resign kat bos aku tu, sepatah haram bos aku tak cakap dengan aku.Mungkin dia dah dengar rumos aku nak resign aku. hahahha

Sampai hari last aku pon ala kadar je cakap dengan aku..Tapi farewell aku dia buat jugak ATAU mungkin kene buat jugakla kot sebabnya ada ada budak praktikal yang dah habis tempoh praktikal sekali.



3-3 ni budak praktikal..yang tudung hitam FARA tu yang habis praktikal

Kak ina - Diela - aku

Aku- diela - intan


Sedih jugak la..tapi aku tetap mengendeng je pergi sana. Hari tu ade satu hari aku halfday, aku suruh Asst Manager aku sayed , kak ina, diela amik aku then aku belanja g makan lunch pastu terus g opis lama.
RINDUUUUU..


Time sambutan hari raya 2013

My last day, diorg bagi something. Benciiii!! sedih i uolsss


Ekceli aku bukan suka orang buat suprise bagai.. Aku resign dah nak masuk 2 bulan ,itupon ade jugak orang yang tak tahu..well knowing me memang aku tak suka kecoh-kecoh,bising-bising. 
huhuhu



There was an error in this gadget