Yee..aku tau puasa dah lepas sebulan.
Dah nak masuk raya dah..
Eh dah nak habis raya dah.
Maklumla baru ade kesempatan nak buat entry.
Selain ikan siakap stim entry disini
Aku berjaya buat Ketam telur masin.
Ntah kenapa bulan-bulan puasa baru rajin nak google resepi bagai.
So hari selepas aku kene mandi tepung ,
Keesokannya kami decide nak berbuka rumah cousin aku yang baru sebulan kahwin disebabkan kawan aku yang kat perak tu dah turun so alang2 sekali je la. **entry tertunggak**
So kami decide nak masak dekat rumah dia.
So menu yang aku nak masak adalah ketam telur masin.
Maafla percubaan pertama memang nampak kucar kacir sket ketam tu |
Yang ni menu kawan aku si daia tu masak
Murtabak maggie |
sosej salut roti kot nama nya.. |
Ni plak yang cousin aku si jeyjot tu masak
Masak lemak cili padi udang |
BAHAN-BAHAN * aku amik kat google je..tapi aku tambah2 sket je *
4 biji telur asin - direbus, belah 2, korek isinya dan dilenyek
4 Ketam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Beberapa biji cili padi (ditumbuk halus) - ikut la tahap kepedasan memasing
Beberapa biji cili padi (diketuk) - ikut tahap kepedasan memasing
daun kari
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair
Garam secukup rasa
Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung, kunyit dan garam dan goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan
Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan bawang putih, cili padi tumbuk, cili padi yang diketuk dan daun keri hingga naik bau
Masukkan telur asin yang dilenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Masukkan secubit garam ( Hati-hati sebab telur asin dah masin)
Masukkan ketam dan gaul hingga telur asin menyalut keseluruhan ketam.
Angkat dan sedia dihidangkan
p/s: Keinginan nak masak macam-macam tu tinggi, TAPI tahap kerajinan tu yang TAK berapa nak tinggi sangat.Ikut mood
3 comments:
makanan style chinese mmg kegemaran saya.termasuk masak nestum...nyum nyum...
Mohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.
UMRAH PERSENDIRIAN
Ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej di samping faktor kepuasan
Wujudnya group telegram atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload terdahulu telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua bulan dua group telah di perlukan di mana setiap group telegram boleh menerima 200 member. Kini group ke 3 pula di mulakan
Pertemuan Ahli UP yang sedia telah mengadakan pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, tetapi telah mewujudkan PRM yang ada kini.
Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” group ke 3 tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya.
Jika anda pembaca berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat :
1. beragama Islam
2. berumur 18 tahun ke atas dan
3. berminat menyertai
di kehendaki memohon kepada email menyatakan hajat itu dan menyertakan no telegram kepada email : umrahsenang@gmail.com
Ada yang bertanya, kenapa tidak di letakkan no telegram moderator;
Jawapnya no pengguna telegram adalah hidden dan sesiapa yg berminat hendak berusaha sedikit.
Sekian terima kasih
sekarang nih pun nak kena cari idea dan senaraikan resepi untuk bulan puasa nanti.
Post a Comment