nuff

Followers

Thursday, July 3, 2014

FAREWELL SETELAH 3 TAHUN 2 BULAN

Alhamdulillah.. tak disangka pejam celik pejal celik, dah 3 tahun lebih aku berkhidmat kat company ni.
Dari mula2 masuk, bulan Feb 2011 badan kurus sampai la dah membesar bagai johan.
Sepatutnya lepas tolak cuti semua, aku last 7.5.2014 TAPIII company baru mintak aku masuk 5.5.2014.

Aku dapat Message/ Whatsapp tentang new company nak amik aku pon masa tu aku kat bandung.
Asst Manager aku yang tanya sama ada aku nak tak bekerja dengan dia. So aku pon agreed je..

Lepas tu lama dia diam..so aku pon berpikir2 betol ke tak dia nak amik aku keje ni.
Aku pon memulakan langkah whatsapp dia tanya..jawapan dia dia memang nak aku bekerja dengan dia tapi form aku Asst General Manager x sign lagi sebab dia bercuti..

Then 17.4.2014 aku terima call dari HR company tu yang dia nak hantar LOA kat aku.
Ape lagi alang-alang menyeluk pekasam, aku tanya la semua benefit yang ade termasuk cuti/mc dan sebagainya.

Tapi lepas je dapat email LOA, aku pulak buntu samada nak pergi ke tak...Mungkin sebab aku dah lama kat sini..Tapi company-company sebelum ni pon pernah jugak stay sampai 3 tahun..Tapi yang company ni berat sikit mungkin sebab dah anggap semua dalam dept ni macam kakak dan abang,..boleh gurau-gurau kasar.Bos aku pon best.Pendek kata memang berat sangat la hati aku..Berat sangat-sangat..dia punya berat hati sangat-sangat tu sampai aku delay seminggu bagi resign letter kat bos aku.,,

Faizal pulak cuma cakap macam ni je kat aku "peluang datang hanya sekali". Itu je ... Taulah laki aku ni bukan jenis banyak cakap pon..

Akhirnya aku buat keputusan bagi surat resign seminggu lepas aku dapat LOA tu.. Aku cuma pikirkan benefit and peluang je.Sebelum tu aku ade google jugak pasal company/dept ni. Biasalah banyak pro and contra nya. Masa bagi surat resign kat bos aku tu, sepatah haram bos aku tak cakap dengan aku.Mungkin dia dah dengar rumos aku nak resign aku. hahahha

Sampai hari last aku pon ala kadar je cakap dengan aku..Tapi farewell aku dia buat jugak ATAU mungkin kene buat jugakla kot sebabnya ada ada budak praktikal yang dah habis tempoh praktikal sekali.



3-3 ni budak praktikal..yang tudung hitam FARA tu yang habis praktikal

Kak ina - Diela - aku

Aku- diela - intan


Sedih jugak la..tapi aku tetap mengendeng je pergi sana. Hari tu ade satu hari aku halfday, aku suruh Asst Manager aku sayed , kak ina, diela amik aku then aku belanja g makan lunch pastu terus g opis lama.
RINDUUUUU..


Time sambutan hari raya 2013

My last day, diorg bagi something. Benciiii!! sedih i uolsss


Ekceli aku bukan suka orang buat suprise bagai.. Aku resign dah nak masuk 2 bulan ,itupon ade jugak orang yang tak tahu..well knowing me memang aku tak suka kecoh-kecoh,bising-bising. 
huhuhu



2 comments:

ejulz said...

Pekerja cemerlang ni.. bnyk dpt offer.. :)

Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" . Kalau dah join tQ ek.. ^_^

aRz MoHa said...

Selamat berada di dunia kerjaya yang baru

There was an error in this gadget