Ni mesti kes kalau dh suami ketagih, dengan isteri2 terjebak sekali..
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang sarat mengandung enam bulan
didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mengambil dadah
jenis Methamphetamine di rumahnya di Jalan Pasir Panjang, di sini.
Noradila Arifin, 30, yang sedang mengandung anak ketiganya, disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan bersama suaminya berusia 32 tahun di rumah mereka di Jalan Pasir Panjang kira-kira jam 5.32 petang kelmarin selepas sepasukan 11 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu melakukan serbuan ke rumah itu hasil maklumat awam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid ketika ditemui di pejabatnya berkata, ujian air kencing dijalankan terhadap suami tertuduh disahkan positif syabu dan pil kuda.
“Suaminya mengambil sebiji pil kuda setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM30 sehari, manakala isterinya ketagih syabu dan membelanjakan kira-kira RM400 sehari untuk mengambil dadah itu," katanya.
sumber: BHARIAN
3 comments:
Ya Allah.
sampai macamtu kan.
minta2 dia dapat hidayah drpd Allah.
nak salahkan siapa???salahkan ibu mengandung???memang sah2 salah..adeh..cian anak dlm kandungan nanti
YA RABBI...ada gak ibu macam ni
Post a Comment