nuff

Followers

Sunday, July 21, 2013

POPIA NESTUM


Awal awal puasa hari tu dh memang berhajat nak buat POPIA NESTUM .

Alhamdulillah berjaya jugak #projekpuasadanraya aku buat semalam walaupun mood rajin datang 50% je. Alahhhh popia nestum je pommm . 

Resepi macam biasalah aku google .



Sebungkus popia.
Kalau korang nk banyak beli la berapa bungkus yang korang nak. Aku beli sebungkus sebab firts time nak membuat nye pon.

Kuning telur. 
Tujuan nya untuk buat gam diakhir gulungan popia

Gulung popia sehelai demi sehelai.. sila bersabar +bertabah masa gulungan tu ye..hahah
di bahagian akhir gulungan baru sapukan telur kuning .konon mcm gam la

Bila dah siap gulungan2 tu..Tunggu dalam beberapa minit untuk pastikan telur kuning yang telah disapu tu kering.

Bila dah kering, gunting ikut size yang korang nak.

Bila dah habis gunting.. maka bermulalah proses menggoreng.Goreng hingga kekuningan.



------------------------------------------------------------

 

1/2 cawan gula
1/2 cawan nestum
1/2 cawan horlick

Ketiga-tiga bahan di atas blend kan dengan pengisar

nampak mcm 3 layer.
Lepas blend, taburkan dia atas gorengan popia  yang telah ditoskan minyaknya  tadi dan gaul.


dan

inilah hasilnya..


Dapat penuh sebalang kecil.



Selamat Mencuba!




No comments: