nuff

Followers

Wednesday, September 18, 2013

PENGALAMAN BERCUTI KE BALI - DAY 1


Alhamdulillah
Arrived at bali pukul 11.30mlm
Kejang kot kaki aku.. 
Derrr....

-------------------------------------

Pukul 3 petang aku dengan Faizal gerak  naik LRT. 
Dari LRT pandan indah ke KL sentral . 

RM 3.70 / seorang, Untuk 2 orang = RM 7.40.

Dari KL Sentral ke LCCT aku naik bas.. Ada 2 pilihan bas. Skybus atau Aerobas.
Dari ape yang aku google Skybus lagi murah dari Eerobus. Harga dalam RM8.00++

TAPI 
Tadi harga Skybus dgn Aerobus SAMA
RM10.00 sahaja! 



Sampai LCCT pukul 4.30 ptg..
Flight pukul 8.25 malam. 
Gigihkan aku laki bini datang awal. Kah3
Sebab naik public transport, so ak sengaja awalkan. Yela kalau ade org hantar boleh aku budgetkan masa. Masalahnya semua orang keje kott.. Nak mintak tolong cane kalau aku pon xbagi tahu nk pergi. 

Sampai LCCT dok tercangok laki bini. Sudahnya laki aku nak makan. 
Lepas makan, laki aku solat asar .. 
Surau kat LCCT ni kat bahagian luar. 
Berdepan dengan tempat tunggu Skybus. 

Lps check in counter, bertapa lagi aku laki bini. Tunggu smpai pukul 8.25mlm. 

Akhirnya, masa yang dinanti tiba, flight ke bali ambil masa selama 3 jam. Haishh.. 

Sampai airport bali sumpah terasa macam artis.. Kemain ramai orang tunggu. Nasib aku dh uruskan hotel siap2 kt KL. so supir hotel pon ambil kami kat airport...

Kami menginap di Best Western Kuta Villa. Aku book melalui agoda.. Jalan nak ke hotel ni mcm jalan di kg baru.. 

Esok supir yang aku dh book masa di KL akan jempot di lobi hotel pukul 8.30 pagi.. 

Now masa untuk rehat.. Sakit badan ak 3 jam dalam flight.. Tunggu masa nak g spa.. Rugi kalau je bali tak try spa. Hik3.

Esok aku review keadaan hotel dan sebagainya.. 

.xoxo






No comments: