nuff

Followers

Sunday, October 20, 2013

PENGALAMAN BERCUTI KE BALI - DAY 2




Sambungan dari Bali - Day 1

Supir aku nama Pak Isme.
Aku dapat / review dari forum,blog yang mengatakan kalau ke bali diorg suggestkan dengan Pak Isme.
Dari awal lepas je aku book tiket,terus aku ber BBM dan email dengan Pak isme bertanyakan harga/itenary dan sebagainya.Alhamdulilah segala pertanyaan aku dijawab walaupon kadang2 lewat.

ini itenary yang Pak Isme emailkan.

Malam lepas check in hotel,Pak isme email bagi tau ade supir lain yang menggantikan dia iaitu Pak Dwi.

Pak Dwi menjempot kami di hotel pada pukul 9 pagi.
Sebabnya aku cancelkan salah satu itenary tersebut iaitu BARONG DANCE.

Mengikut ape yang ak view blog2 yang pernah ke sini, mereka pon tidak mencadangkan ke Barong Dance.Aku Sepakat dengan mereka kerana aku tak minat sangat pon.
Lain orang lain pendapat.
Kami terus ke ubud area.
Tempat pertama kami singgah ialah di Tempat pembuatan Batik.
Batik kat sini sangaaaaaaaaatttttt cantik.
Tapi aku tak beli apa-apa pon sebab misi shopping aku hanya pada hari terakhir sahaja .



Time ni aku busy bodyyyyyy sgt.

akak ni tengah mencanting batik
Pelancong dr pelbagai negara.

TEGALLALANG (RICE TERRACE)

Seterusnya kami ke Tegallang Rice Terrace..
Tempat ni tanaman padi yang ditanam dilereng-lereng bukit.
Nyaman dan sejuk.

Harga Tix masuk ke sini idr 5.000/PAX





Barang barang ni kepunyaan ada sorang pakcik tua.Kalau korang nak bergambar dengan barang2 dia,Sedekahla beberapa duit untuk dia.



KINTAMANI (VOLCANO)

Kami kesini pula untuk menikmati makanan tengahari.

Bayaran masuk pula idr 10.000/pax
(*Diingatkan supaya jgn bersuara semasa bayaran masuk.BIAR SUPIR JE CKP kt org jual tix tu.Sebabnya supir akan ckp kita ni tempatan.So dapatla harga 10.000 tu.Kalau orang luar kene bayaran lebih.)



Lunch mengadap Gunung Berapi







satay lilit
Lunch kat sini secara buffet. TAPIIIIIIII aku rasa korang  tak amik buffet pon boleh je..Baik amik ala carte,
Jimat dan murah. Makanan kat buffet bukan semuanya makan.RUGI...RUGI..
Korang kene pandai la ayat waitress tuh.



BALI COFFEE PROCESSING

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke tempat memproses kopi yang terkenal dengan KOPI LUWAK dan bermacam jenis kopi.

Rp 50.000 secawan untuk Kopi Luwak.Tapi bagi orang islam aku tak pasti ia Halal diminum atau tidak.Eloklah ditanya pada yang pakar.wallahualam..



Ni la biji kopi luwak dari najisnya yang telah dibersihkan...erkkkk


Aku duduk semeja dengan pasangan pelancong dari France

Kat sini mereka hidangkan 7 jenis kopi/teh secara percuma kecuali Kopi luwak. Korang boleh la try ketujuh2 kopi/teh tersebut. Aku paling minat Coconut Coffee. Bau kelapa dia harummmm weyhhh.. Aku beli sepeket kecik bawak balik malaysia.


Rosela Tea . Rasa macam masam-masam sikit.

Pure Bali Cocoa. Memang pekat/likat.Original dari buah koko

Coconut Coffee.. Bau kelapa yang harummm.. FEVERET

Bali Coffee

Ginger Tea . Elok untuk buang angin.hahaha

Coffee Ginseng

Lemon Grass tea.. Feveret jugak..selalu kalau lepas facial/spa mesti dihidangkan 



Tempat terakhir yang kami lawati pada harike-2 ialah




TIRTHA EMPUL TEMPLE

Tempat ni macam tempat mengapuskan/menyucikan dosa2  la bagi kepercayaan agama diorang.
Jangan plak kita memandai2 join sekali semata2 nak menghapuskan dosa2 yang sedia ada tuh.
erkkkkkkk..



Semua peringkat umur ada.





Kami duk tepi je..hahaha

nak masuk sini kene lilit kain kuning kat pinggang.
kain biru tu untuk menutup aurat yang terbuka. #EH!


Bayaran masuk pula idr 15.000/pax

Waktu ni hampir pukul 4 petang. Supir terus hantar balik hotel.
Sampai hotel kami letak barang dan sambung lagi perjalanan dengan menyewa motor untuk jalan2 dipantai kuta.


2 comments:

Shafiq Hashim said...

Bestnye..Teringin Nk Melancong

http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/10/candy-crush-saga-ketagihan.html

Pakej Bandung Murah said...

salam....
maaf tuan/puan saya nk numpang promotion sikit di blog ini.
sesiapa nk bercuti ke bandung bisa hubungi saya [jaya tour bandung]
kami pon menyediakan pakej hotel dan transpot untuk 3malam 4hari
dengan harga yang berpatutan.
atau nk ambil trnaspot sahaja pn bole.



wahtsap +6287821719271
facebook brek.yahya19@gmail.com
triptothebandung.blogspot.com


terimakasih