Ini
adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka
tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam
Bahasa Inggeris.
Mengapa
Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di
baca?.
Ada
seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.
Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.
Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang
dibaca oleh Atuknya.
Pada
suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca
tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik
sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang
tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia
menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan
bawakan saya seguni air.’
Budak
lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar
sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah
berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai
bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki
itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah.
Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di
dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya
tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat
mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada
katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air
di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi
kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa
masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi
pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila
sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’
tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu
berkata,’ tengok guni itu.’
Budak
lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa
guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor
bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku,
itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham
ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah
dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam
kehidupan kita.’
i took this note from a friend :)
3 comments:
bagus sgt untuk orang yan mempersoalkan...buat sedaya mungkin,kalau faham lagi bagus....
suka entry ni...
love this entry =)
hati yg hitam pun boleh jd suci kan.... alhamdulillah
Post a Comment