nuff

Followers

Sunday, December 23, 2012

PANIK SETELAH 3 BULAN BERGELAR ISTERI

Sungguh..Hanya Allah s.w.t. je yang tahu perasaan aku waktu tu.

Kisahnya bila Faizal tak berapa sihat beberapa hari selepas aku menjalani rawatan D&C.
Dia selalu mengadu sakit perut,pedih ulu hati,perut menggelodak dan rasa nak termuntah.
16/12/12 hari ahad,pukul 8 malam.Malam tu pergi umah makcik aku.Memang dia dah mengadu nak muntah.
Aku bagi minum air eno halia,sebab aku pikir mungkin dia angin je kot.
Sekali memang dia nak muntah,aku baru nak pasang paip,tengok2 dia dah jatuh pengsan.
menjerit aku panggil mak /makcik/akak2 sepupu aku.

*time tu kitaorang duk luar rumah je sebab nak stanby kalau-kalau dia termuntah,senang

Rupanya MEMANG jenis kalau muntah,memang akan jadi tak sedar diri,pitam dengan mata terbuka. *gile kau x panik,dengan mata terbuka.

Kali kedua pukul 12  lebih tengah malam.Time tu dah balik rumah.Mak aku siap pesan kalau dia nak muntah/pergi bilik air, ikut dia sekali sebab takut dia jatuh bilik air .

Sekali betul!! pengsan lagi dalam bilik air.cepat-cepat aku peluk dari belakang sebab kepala dia memang dah terantuk dinding.Tapi muntah tak keluar pon.

Kali ketiga pukul 2 lebih pagi, Time ni dia dah gelisah tak dapat tidur.Aku pon tidur-tidur ayam je walaupon pagi tu  aku dah start keje seteleah mc 2 minggu.

Aku ikut g bilik air.time tu dia kata nak muntah sesangat.Aku baru nak berpaling ke atas dapur *sebab time tu aku masak air,nak tengok dah didih ke  belom.

Sekali macam air terjun muntah dia keluar.Cepat-cepat aku dakap dari belakang sebab takut dia terantuk ke dinding/kepala termasuk dalam baldi air.

Dia kalau pengsan pon tak sampai seminit.So lepas sedar tu, dia muntah lagi..Aku hanya mampu menangis je..

Then suruh dia mandi..

Esoknya dia MC,balik umah mak dia,sebab aku ada hantar sms kat adik dia bagitahu keadaan dia.
Aku keje hati sungguhlah tak tenang.
Balik keje,aku balik sendiri..sampai umah aku kemas-kemas kain baju,balik umah mak dia.
Sebab dapat tahu dia muntah lagi 2 kali ..Lama lepas tu tangan kremmm..Cepat2 mak dia sapu minyak dan urut.

Mula-mula decide nak g hospital ampang je.Tapi paham2 je la.mesti lama.last2 aku call makteh aku,ajak dia g hospital tempat dia keje, Hospital KPJ Tawakal..

Doc check sume normal.Tapi disebabkan dia dah muntah lebih 3 kali,kene tahan juga,masuk air/ubat semua.
Aku mintak adik dia tolong teman dia kat hospital,sementara aku balik dengan makteh aku.Yelah..takkan aku nk cuti lagi..

Get well soon Mr Husb


No comments: