nuff

Followers

Monday, December 31, 2012

SEPANJANG TAHUN 2012

Hye

lagi beberapa Jam kita akan ke tahun baru ! tahun 2013!!Alhamdulillah..syukur masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini.
 rasa macam sekejap je dh nak tahun baru.. mcm banyak lagi perkara yang tak sempat nak kejar..tapi takpe..

Sepanjang tahun 2012 ni.. BANYAK kenangan pahit manis,ketawa menangis, suka duka yg ditempuh.



  • -Tahun 2012 adalah tahun aku selamat menjadi isteri org..Menjadi isteri kepada Faizal yang dah dikenali sejak 2004.
Nikah 15/9/2012
Sanding 16/9/2012

Di atas pelamin

Makan Beradab

Suami & isteri


  • -Alhamdulillah, dah 3 bulan menjadi isteri. Aku disahkan bunting pelamin. Tapi. Allah memberi "nikmat/rasa" sebentar menjadi seorang ibu. Mungkin bukan rezeki aku tahun ni.Insyaallah akan berusaha lagi di tahun akan dtg.

Punya eksited beli UTP lepas lewat 2 hari period

Happy..alhamdulillah



  • 1/12/2012, Sabtu. Aku dimasukkan ke HUKM untuk melakukan proses D&C akibat kandungan aku x membesar..sepatutnya 3 bulan tapi kantung hanya membesar kira 4 minggu sahaja.. Bukan rezeki kami..



Sewaktu di HUKM

Cuti sakit 2 minggu bermula 1/12/2012 - 17/12/2012



  • Pak Oteh yang mengalami sakit strok sejak 3 sept 2012,16 hari sebelom majlis persandingan/pernikahann aku telah dijemput Ilahi pada 8 November 2012

Adam (berbaju biru)  anak sulung arwah (10 tahun) turut bersama2 mengiringi jenazah ayahnya :-(

Arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak lelaki masing2 berumur 10 & 9 tahun.
Gambar family masa balik Felda Sg Klah, Perak.
Arwah pakoteh depans sekali
  • Pada isnin malam 17/12/2012 Faizal dimasukkan ke Hospital akibat ulser/pendarahan/dan luka di usus/dalam badan... Sehari aku dah start keje setelah mc 2 minggu untuk D&C



  • June 2012, Lagi 3 bulan sebelum aku berumahtangga, Bercuti dengan Cousin &BFF ke Tioman.



  • 26/12/2012 Adik sepupu aku, adam pulak warded ..




  • April,2012 celebrate birthday aku dan salah sorang kawan aku di Sungai Sendat






Ni lah antara kenangan2 manis,pahit kisah 2012...

Alhamdulillah untuk segalanya pada tahun 2012,Maaf jika ada kekurangan.
Kita mulakan dengan bismillah dan doa diberi keberkatan pada tahun 2013..

aminnn...


Sunday, December 30, 2012

YAKULT SI PEMBUNUH KUMAN

Lepas je discharge,
Faizal kemain lagi memborong YAKULT.
Untuk membunuh kuman jahat dalam badan katenye

Pengaruh iklan tv betol la!

Minuman YAKULT yang mengandungi  sejenis bakteria baik


Sekarang ni seminggu sekali la dok memborong minuman yakult..

p/s: kat kawasan umah aku dah ade penghantaran minuman yakult dari umah ke umah..setiap sabtu..




Friday, December 28, 2012

JUMAAT TERAKHIR 2012

Hari ini.. 28/12/2012

Jumaat terakhir bagi tahun 2012

Moga Allah memberkati kita.

amin....

Tuesday, December 25, 2012

SELEPAS SIHAT DAN SEBELUM DI MASUKKAN HOSPITAL

Ini aksi Selepas aku pulih berpantang 2 minggu dan sehari sebelum Faizal dimasukkan ke hospital

Time ni Faizal memang dah sakittt..

Muka dan badan aku selepas berpantang..hasil sungguh menakjubkan..Kurus weyh badan!!

Gambar tu masa kat opis cous ak jija..Time tu diorang buat photoshoot baju-baju..


**xsangka aku sanggop pantang jaga makan/minum pergerakkan sume..hasil sungguh menakjubkan..TAPII masuk je keje..aku still pantang lagi,..PANTANG NAMPAK MAKANAN..asyik mengunyah je.. sob..sob..badan kembali kepada asalll..gemokksss.

IKUT PERATURAN

yelah..nak sehat,kene jaga makan minum,kene pantang makan,kene makan ubat ikut aturan...

Ok.

Aku mula menggalas tugas yang  diberi iaitu menjadi nurse kepada suami sendiri.
Kesian Faizal dpt isteri merangkap nurse yang kejam.

hauahhuhuhahuhuahua *gelak jahat



Ni ubat-ubat yang Faizal kene amik selama 2 minggu..Lepas tu dtg checkup lagi..

-Klacid Hp7 (Klacid, Controloc, Ospamox)
-Ganaton (Itopride hydrochloride
-Mucosta.


bila Klacid dh habis. sambung dengan Pariet (rabeprazole sodium)

Ubat klacid & Ospamox..gulpppp


Special thanks to Dr & staff2 KPJ Tawakal KL ward Carnation .. & my aunt, Makteh
 
Dr yang merawat Faizal,

Dr Sukumar Nadesan
MBBS, M Surgery (UKM)
Consultant General &
gastro Intestinal SUrgeon

Sunday, December 23, 2012

HARI PERTAMA DIHOSPITAL DAN KEPUTUSANNYA

sambungan dari entry sebelumnya SINI 

Disebabkan Faizal warded,maka aku kene g keje sendiri.Aku tumpangkan makteh aku sekali sebab memang uaku nak ke hospital amik adik ipar aku bawak balik.Kebetulan dia ade test lesen moto pulak.

Sampai-sampai hospital, kitaorang terus naik atas.Kebetulan doktor pon ada.So, makteh aku tanya la ape rawatan seterusnya.Doc kata MAYBE gastrik sahaja.Dan doc bagi 2 options..

1-Bagi ubat sahaja
2- Buat scop, (masuk camera kecik dalam badan)

Ikutkan Faizal taknak.Mungkin sebab dia pikir dah tak sakit,atau takut..Mybe...

So makteh aku suggestkan buat scop sebab keputusan ujian darah ok.Tapi dalaman tu yang nak tahu.

Lepastu aku balik,hantar adik dia.Then g keje nek lrt/monorail..Terpaksa bagitahu bos lambat sket aku masuk.

Tengah hari time lunch aku g melawat Faizal.Sebab dia bbm suh aku datang,boringla/sunyila/apela.
*sebenarnya ngada2 lebih..Tv setiap katil ade,nurse pon ok/cantik.haha
Sampai2,dia cerita la keadaan dia time buat scop sume..Doc dah bg cd.
Apelagi,aku amik,dan nak bawak balik opis.

Sampai opis,aku mintak exec aku buka cd,tapi aku tak berani nak tengok.ade la dalam 2-3 orang staff tengok.Diorang terkejut sampai tanya aku "suami kau suka makan pedas-pedas ke?" aku jawab "aah"

Sambil tengok,sambil berkerut dahi,aku dah risau dah tengok diorang.ha3
Diaorang cerita dalam badan Faizal pebuh ulser2..ade ulser yang dah lama.Ada satu tempat bernanah dan usus luka berdarah..GRRrrrrrrr...

Patutla selalu mengadu pedih ulu hatiiiii...

Malam tu aku tido hospital.. aku tanya dia doc ade cakap ape2 tak..dia senyum je..SENYUM je ko mampu kan?? dia cakap doc suh kurangkan makan pedas/kurangkan hisap rokok.! aku berleter x hengat sampai cousin +Bff aku dtg pon bebel ak x sudah..hahaha


masa ni dah pukul 10 lebih..nasib diorang teman sampai 12  lebih..hu3.

Esok tengah hari, Faizal call aku cakap dah boleh discharge.. terpaksa aku amik half day.Tengah hari aku terus cabut.. 

muka orang sakit. 

Kemain banyak jugakla aku mengangkut.Faizal kata aku buat hospital ni macam hotel.sebabnya kemain berbeg2 aku bawak.Siap bantal dengan blanket skali.ha3



p/s: 1st time aku tido hospital.selama ni ak kalau masuk wad,xsampai kene tido.cuma duduk kat wad sementara je.huk3.
mula2 aku tido atas kerusi,lama2 sakit badan aku,terus tido atas katil..Makteh aku kata jgn sampai nurse segan nak jenguk sudahhh.hahaha

-staff2 tawakal sampi cakap kat makteh aku,kesian,...wife baru kuar spital,suami masuk pulak hospital...makteh ak yg pening.hik3



PANIK SETELAH 3 BULAN BERGELAR ISTERI

Sungguh..Hanya Allah s.w.t. je yang tahu perasaan aku waktu tu.

Kisahnya bila Faizal tak berapa sihat beberapa hari selepas aku menjalani rawatan D&C.
Dia selalu mengadu sakit perut,pedih ulu hati,perut menggelodak dan rasa nak termuntah.
16/12/12 hari ahad,pukul 8 malam.Malam tu pergi umah makcik aku.Memang dia dah mengadu nak muntah.
Aku bagi minum air eno halia,sebab aku pikir mungkin dia angin je kot.
Sekali memang dia nak muntah,aku baru nak pasang paip,tengok2 dia dah jatuh pengsan.
menjerit aku panggil mak /makcik/akak2 sepupu aku.

*time tu kitaorang duk luar rumah je sebab nak stanby kalau-kalau dia termuntah,senang

Rupanya MEMANG jenis kalau muntah,memang akan jadi tak sedar diri,pitam dengan mata terbuka. *gile kau x panik,dengan mata terbuka.

Kali kedua pukul 12  lebih tengah malam.Time tu dah balik rumah.Mak aku siap pesan kalau dia nak muntah/pergi bilik air, ikut dia sekali sebab takut dia jatuh bilik air .

Sekali betul!! pengsan lagi dalam bilik air.cepat-cepat aku peluk dari belakang sebab kepala dia memang dah terantuk dinding.Tapi muntah tak keluar pon.

Kali ketiga pukul 2 lebih pagi, Time ni dia dah gelisah tak dapat tidur.Aku pon tidur-tidur ayam je walaupon pagi tu  aku dah start keje seteleah mc 2 minggu.

Aku ikut g bilik air.time tu dia kata nak muntah sesangat.Aku baru nak berpaling ke atas dapur *sebab time tu aku masak air,nak tengok dah didih ke  belom.

Sekali macam air terjun muntah dia keluar.Cepat-cepat aku dakap dari belakang sebab takut dia terantuk ke dinding/kepala termasuk dalam baldi air.

Dia kalau pengsan pon tak sampai seminit.So lepas sedar tu, dia muntah lagi..Aku hanya mampu menangis je..

Then suruh dia mandi..

Esoknya dia MC,balik umah mak dia,sebab aku ada hantar sms kat adik dia bagitahu keadaan dia.
Aku keje hati sungguhlah tak tenang.
Balik keje,aku balik sendiri..sampai umah aku kemas-kemas kain baju,balik umah mak dia.
Sebab dapat tahu dia muntah lagi 2 kali ..Lama lepas tu tangan kremmm..Cepat2 mak dia sapu minyak dan urut.

Mula-mula decide nak g hospital ampang je.Tapi paham2 je la.mesti lama.last2 aku call makteh aku,ajak dia g hospital tempat dia keje, Hospital KPJ Tawakal..

Doc check sume normal.Tapi disebabkan dia dah muntah lebih 3 kali,kene tahan juga,masuk air/ubat semua.
Aku mintak adik dia tolong teman dia kat hospital,sementara aku balik dengan makteh aku.Yelah..takkan aku nk cuti lagi..

Get well soon Mr Husb


Sunday, December 16, 2012

JENIS DARAH

Antara kamu semua mesti ade yang dah tahu jenis darah masing-masing kan?

Aku?

Jujur aku cakap selama 25 tahun hidup ni tak pernah amik tahu langsung aku ni jenis darah kumpulan apa.

Sehinggalah waktu aku nak buat ujian darah hari tu untuk menentukan aku kena D&C atau tidak baru lah aku tahu..
Siap dapat kad lagi

Makteh aku kemain bising lagi bila aku tak tau aku ni darah jenis ape.
Dia kata benda ni penting.

ok

*walaupon ak rasa mcm x penting je..tp aku buat jugak.hik3

Blood Group Card
Jenis Darah Aku A POSITIF

Aku buat kat tingkat 6, KPJ TAWAKAL SPECIALIST

Friday, December 14, 2012

JELI GAMAT GAMOGEN DARI HOUSE OF HEALIN SEMASA BERPANTANG



Nak dijadikan cerita, Lepas D&C 2minggu lepas, Mak aku suruh Faizal pergi beli jeli gamat.Katenye baik untuk luka dalaman selain Pati ikan haruan...Al-maklumlah aku memang x makan ikan haruan/ikan keli/ikan semilang..ntahla..tak tahu kenape..

Tapiiiiiiiii...memang tak boleh masuk tekak.Dapat rasa sikit je. 

Aku tabik spring pada ibu-ibu yang sanggop makan ni..

Thursday, December 13, 2012

MALAYSIA KALAH 0-2 DENGAN THAILAND.MALAYSIA KALAH BERMARUAH

Stress dengan Piala AFF Suzuki 2012

Bukan rezeki kita HarimauMalaya untuk menang

Yang penting i'm proud of Farizal Marlias 

Yang pasti,ramai gile memaki hamun reff dari korea ni.

ADE SAPE SAPE SAKIT HATI DENGAN LEE MI HU NI???hahhahaa
Anyway
Good effort from player malaysia
I'm Proud to Be Malaysian..

~Peace~

Wednesday, December 12, 2012

MENGGILAI DRESS PEPLUM

Hoishhh..

Time berpantang pon duit boleh dikikis.Walhal duk umah je pon.
Biadap sungguh dunia tanpa sempadan sekarang  nih *ahaks

macam fenomena pulak aku rasa.. **aku yg rasa,kalau orang lain tak rasa tu korang punya pasal

Sekarang ni aku sangat-sangat menyukai dress peplum.




Foto Sumber Dari House Of Allure . Banyak lagi koleksi-koleksi.Rugi kalau korang x tengok.. pelakon Dalam Hati ada Taman si Elfira Loy pon selalu jugak pakai pakaian2 dari butik ni.

Tuesday, December 4, 2012

BERPANTANG

Alhamdulillah selamat menjalani D&C pada hari sabtu..

Sekarang berbahagia di rumah sebab dapat MC 2minggu..

Bahagia x bahagia sangattt sebab kene berpantang..

Bisa sakit masih ada,

Doktor pesan untuk mengandung balik boleh selepas 3 bulan.Itu kata doktor..
Kata aku pulak biarlah dulu..Sakit D&C ni dh buat fobia pulak.
Tapi Kuasa tuhan aku tatau..Ini Semua kerja Allah s.w.t